awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri terima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan

Bernama
Bernama
16/11/2021
15:20 MYT
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Putrajaya. - Foto: Facebook Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Putrajaya.
Perdana Menteri dalam catatannya di akaun Facebook rasminya berkata Ahmad diiringi timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad.
Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.
Perdana Menteri berkata perbincangan yang berlangsung ketika kunjungan hormat itu melibatkan pelbagai libat urus terutama berkenaan wang ihsan dan pembangunan negeri Kelantan.
"Seperti yang saya telah katakan, 'no one will be left behind' (tiada siapa akan terpinggir) negeri Kelantan tidak sama sekali akan disisihkan malah menjadi fokus untuk maju bersama negeri-negeri lain. Seiring dengan misi untuk membawa seluruh Malaysia ke persada yang lebih tinggi," katanya.
Catatan Facebook Perdana Menteri turut memaparkan gambar beliau bersama Ahmad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#kunjungan hormat
#menteri besar kelantan
#Ahmad Yakob
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan