awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan pasang perangkap selepas terima laporan kemunculan harimau

Bernama
Bernama
05/01/2024
05:00 MYT
Perhilitan pasang perangkap selepas terima laporan kemunculan harimau
Gambar tular dirakam seorang pemuda dari Kampung Kuala Kenering ketika dia terserempak dengan seekor harimau ketika dalam perjalanan hendak ke kedai makan di kampung itu. - Gambar/ Media sosial
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan telah menerima laporan mengenai kemunculan seekor harimau belang berkeliaran di Jalan Baling-Kuala Kangsar berdekatan Kampung Kuala Kenering, dekat Gerik.
Pengarah Perhilitan Perak Yusof Shariff berkata selepas menerima aduan Rabu lepas, Unit Harimau Perhilitan sedang memantau rapi kawasan berkenaan, di samping memasang perangkap di lokasi yang dirasakan menjadi kawasan rayau haiwan itu.
"Harimau itu mungkin merayau di kawasan sekitar untuk mencari makanan dan pasukan kita telah ambil tindakan awal cuba menghalaunya supaya ia kembali ke dalam hutan. Kita cuba dengan melepaskan tembakan, dan membakar mercun, kita harap ia masuk semula ke habitatnya di Hutan Simpan Papulut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial kejadian seorang pemuda dari Kampung Kuala Kenering terserempak dengan seekor harimau ketika dalam perjalanan hendak ke kedai makan di kampung itu.
"Saya minta penduduk di sekitar kawasan itu supaya berhati-hati dan mengurangkan aktiviti di luar pada waktu malam. Harimau ini aktif pada waktu senja hingga ke subuh pagi jadi kita minta supaya tidak ada individu yang menghampiri kawasan hutan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau
#Kuala Kangsar
#Gerik
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan