awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan sahkan penemuan tapak kaki harimau di Felda Ulu Tebrau

Bernama
Bernama
29/04/2023
09:30 MYT
Perhilitan sahkan penemuan tapak kaki harimau di Felda Ulu Tebrau
Perhilitan Johor mengesahkan tapak kaki haiwan liar yang ditemukan di kebun kelapa sawit di Felda Ulu Tebrau, dipercayai tapak kaki harimau. - Foto Facebook Anak Felda
JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan tapak kaki haiwan liar yang ditemukan di kebun kelapa sawit di Felda Ulu Tebrau di sini, dipercayai tapak kaki harimau.
Pengarah Perhilitan Johor Aminuddin Jamin berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan dan menjalankan pemantauan selepas menerima laporan berhubung penemuan bangkai binatang ternakan di kebun kelapa sawit di kawasan itu.
"Berdasarkan pemeriksaan awal, kesan-kesan (yang ditemukan ialah harimau), namun siasatan masih dijalankan.
"Kita akan melaksanakan pemasangan perangkap kamera (bagi mengesan kehadiran haiwan liar berkenaan) dalam masa terdekat. Bagaimanapun, kita perlu tarik pemasangan kamera di kawasan lain terlebih dahulu, " katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Aminuddin turut menasihatkan kepada orang ramai agar melaporkan segera kepada Perhilitan sekiranya terserempak dengan hidupan liar dan elakkan daripada mengambil sebarang tindakan provokasi.
Terdahulu, tular di laman sosial mengenai penemuan bangkai seekor lembu tanpa kepala yang dipercayai diserang haiwan buas serta tapak kaki haiwan terbabit sehingga menimbulkan kegusaran penduduk di sekitar Felda itu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz berkata beliau telah berhubung dengan pengurus Felda berkenaan serta menasihati penduduk berhampiran agar mengutamakan keselamatan mereka.
"Kita juga tidak menggalakkan mereka untuk masuk ke kawasan ladang buat sementara waktu, namun sekiranya perlu juga masuk, pastikan berpasangan atau secara berkumpulan.
"Keselamatan paling utama. Agensi berwajib sedang jalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin," katanya menerusi catatan dalam Facebooknya, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tapak kaki harimau
#Felda Ulu Tebrau
#Perhilitan Johor
#Aminuddin Jamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan