awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2024
04:30 MYT
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Sebuah jengkaut digunakan dalam usaha membawa keluar gajah yang terperangkap dalam longkang di Gerik. - Foto ihsan Perhilitan Perak
GERIK: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, kejadian itu disedari selepas menerima makluman berkaitan haiwan liar yang terperangkap dalam longkang sedalam lebih 1.5 meter itu pada jam 8 pagi.
"Seramai tujuh kakitangan digerakkan ke lokasi kejadian. Pelbagai usaha digerakkan termasuk menggunakan jengkaut bagi memecahkan longkang berkenaan.
"Kerja-kerja menyelamat yang berlangsung selama lima jam turut dibantu Jabatan Kerja Raya (JKR), polis dan sebuah syarikat konsesi," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Menurut beliau, gajah berusia sembilan tahun itu disahkan dalam keadaan sihat sebelum dihalau semula ke hutan simpan berhampiran. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gajah jatuh longkang
#Gerik
#Lebuhraya Timur Barat
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan