awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran akan sita aset 100 individu yang dituduh “menyokong musuh”
Pusat Lestari Kota Kinabalu galak kitar semula, bantu golongan memerlukan
Kapal kedua berkaitan Jepun lepasi Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan tangkap gajah jantan remaja di Jerantut

Bernama
Bernama
06/09/2025
13:15 MYT
Perhilitan tangkap gajah jantan remaja di Jerantut
Rozidan berkata pihaknya akan memindahkan haiwan liar tersebut ke habitat sesuai seperti di Taman Negara. - Gambar hiasan/Sinar Harian
JERANTUT: Seekor gajah jantan remaja yang dikesan berkeliaran di kawasan kuarters Klinik Kesihatan Bandar Jerantut semalam berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang.
Pengarahnya Rozidan Md Yasin berkata pihaknya akan memindahkan haiwan liar tersebut ke habitat sesuai seperti di Taman Negara.
"Kejadian ini jarang berlaku di kawasan berkenaan namun ia merupakan sesuatu yang biasa bagi gajah jantan remaja untuk keluar daripada kumpulannya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan seekor gajah dikesan berkeliaran di kawasan kuarters Klinik Kesihatan Bandar Jerantut.
Dalam pada itu, Rozidan turut menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan gajah liar.
"Segera laporkan kepada Perhilitan jika melihat atau mengesan haiwan liar bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil, sekali gus mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata kejadian itu hanya menyebabkan kerosakan kecil pada pagar kuarters berkenaan.
"Gajah itu pada mulanya cuba memasuki kawasan hutan di tepi klinik. Ketika ia cuba melintas, ia terpijak pinggir pagar di kawasan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah jantan remaja
#habitat sesuai
#haiwan liar
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan