awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan bukan untuk minta Sarawak keluar daripada Malaysia - Penganjur

Bernama
Bernama
22/07/2015
08:00 MYT
Perhimpunan bukan untuk minta Sarawak keluar daripada Malaysia - Penganjur
Penganjur perhimpunan '722 Sarawak Freedom And Independent Walk' hari ini menegaskan ia tidak meminta Sarawak keluar daripada Malaysia.
Penganjur perhimpunan '722 Sarawak Freedom And Independent Walk' hari ini menegaskan ia tidak meminta Sarawak keluar daripada Malaysia.
Perhimpunan itu dianjurkan Pertubuhan Dayak Iban Sarawak (Sadia) dan pergerakan Sarawak Untuk Rakyat Sarawak (S4S).
Pengerusi penganjur Peter John Jaban berkata perhimpunan itu tidak menyentuh langsung soal meminta Sarawak keluar daripada Malaysia.
Ketika ditanya pemberita sama ada penganjuran perhimpunan itu seolah-olah menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Malaysia, Jaban berkata pihaknya tidak pernah membangkitkan sentimen tersebut.
"Sarawak keluar daripada Malaysia? Itu terpulang kepada siapa-siapa saja, yang saya tahu di sini (perhimpunan hari ini) tidak ada. Kami tidak ada cakap mahu Sarawak keluar daripada Malaysia, itu siapa-siapa boleh cakap.
"Kami tidak boleh menghalang orang daripada bercakap, tapi kami tidak ada cakap itu macam," katanya kepada para pemberita selepas perhimpunan itu.
Perhimpunan di Taman Rekreasi Song Kheng Hai itu diteruskan di sebalik nasihat polis supaya ia tidak diadakan atas faktor keselamatan.
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis menerima maklumat bahawa terdapat pihak yang merancang untuk menggunakan perhimpunan itu sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Malaysia.
Ada juga peserta yang berkumpul di Padang Jubilee di Jalan Datuk William Tan sebelum berarak ke lokasi utama perhimpunan sejauh 1.5 kilometer, jelas melanggar arahan polis terdahulu yang melarang diadakan perarakan.
Jaban berkata pihaknya meneruskan perhimpunan tersebut kerana berpendapat polis tidak menghalang penganjuran, sekadar 'memberi amaran'.
Beliau berkata perhimpunan itu diadakan bagi memperingati hari kemerdekaan Sarawak daripada British serta menyuarakan tuntutan berhubung soal pendidikan, kesihatan dan royalti minyak.
Ada juga peserta didapati membawa bendera lama Sarawak sewaktu pemerintahan Rajah Brooke semasa perhimpunan itu.
Menjawab soalan mengapa peserta membawa bendera lama Sarawak ketika dijajah British, Jaban berkata mungkin rakyat lebih sukakan bendera lama tersebut berbanding bendera sedia ada.
Topic Berkaitan
#722
#Freedom And Independent Walk
#perhimpunan
#s4s
#sadia
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan