awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 12 Jan - Polis Sabah

Bernama
Bernama
26/12/2015
10:21 MYT
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 12 Jan - Polis Sabah
Kuasa-kuasa telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah yang terletak dalam kawasan Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon untuk tujuan aktiviti perikanan atau laluan mendesak. - Gambar fail
Perintah berkurung fasa ke-33 di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 12 Jan bermula 7 malam hingga 5 pagi, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Beliau berkata keputusan melanjutkan tempoh perintah berkurung meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran itu bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.
"Perintah berkurung ini dilanjutkan bagi memudahkan penguatkuasaan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti-aktiviti perikanan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan yang menguatkuasakan perintah berkurung ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, perintah berkurung berkenaan juga perlu dilanjutkan bagi melindungi perairan Sabah daripada dicerobohi pihak pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik dan pelancong luar negara yang melawat pulau-pulau peranginan yang terletak di kawasan ESSZone.
Menurut Jalaluddin, maklumat yang diterima mendedahkan bahawa kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang menjalankan aktiviti menculik untuk mendapatkan wang tebusan dan kumpulan militan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh perairan Sabah untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.
Beliau berkata kuasa-kuasa telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah yang terletak dalam kawasan ESSZone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon untuk tujuan aktiviti perikanan atau laluan mendesak.
Topic Berkaitan
#Beluran
#ESSZONE
#Jalaluddin Abdul Rahman
#Kinabatangan
#kunak
#Lahad Datu
#Sabah
#Sandakan
#Semporna
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan