awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah berkurung untuk remaja: Perlis tidak akan ikut Kelantan

Salim Aziz
Salim Aziz
06/11/2018
09:21 MYT
Perintah berkurung untuk remaja: Perlis tidak akan ikut Kelantan
AZLAN: Setakat ini aktiviti remaja di Perlis terkawal.
Kerajaan Negeri Perlis tidak akan mengikut jejak langkah Kelantan, yang bercadang melaksanakan perintah berkurung ke atas remaja pada waktu malam untuk mengatasi masalah gejala sosial.
Setakat ini, menurut Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, situasi remaja di Perlis masih terkawal dan tidak menuntut kerajaan negeri untuk berbuat demikian.
“Kita tak ada lagi, tak ada. Mungkin di Kelantan, masalah remaja ni dah agak tak terkawal tapi insyaAllah di Perlis ni, aktiviti remaja masih terkawal dan tidak perlu untuk perintah berkurung,” ujar beliau.
Bagaimanapun Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat sebaliknya.
Melalui catatan di Facebook, Mohd Asri menyokong cadangan pelaksanaan perintah berkurung bagi mengatasi masalah gejala sosial membabitkan golongan itu.
Beliau berpendapat, idea dan cadangan tersebut sangat baik kerana dalam masa sama, perintah berkurung itu berkait dengan soal keselamatan dan perkembangan diri remaja berkenaan.
Dalam ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2019 Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Rabu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanitanya, Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan negeri bersedia mengkaji pelaksanaan perintah berkurung ke atas remaja pada waktu malam bagi mengatasi masalah sosial.
Cadangan itu mendapat reaksi pelbagai termasuk ditolak dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita.
Topic Berkaitan
#Azlan Man
#Dr Maza
#Kelantan
#kerajaan negeri
#masalah sosial
#Menteri Besar Perlis
#Mohd Asri Zainal Abidin
#Mufti Perlis
#perintah berkurung
#Perlis
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan