awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian perdagangan timbal balas: Malaysia perlu pelaburan, perdagangan AS - Anwar

Bernama
Bernama
30/10/2025
07:00 MYT
Perjanjian perdagangan timbal balas: Malaysia perlu pelaburan, perdagangan AS - Anwar
Anwar berkata perjanjian ART yang ditandatangani turut mempunyai 'exit clause' dan persoalan menyerahkan kedaulatan perdagangan negara kepada AS adalah tidak timbul. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) ditandatangani berikutan negara memerlukan pelaburan dan perdagangan yang tinggi dari AS.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perjanjian ART yang ditandatangani turut mempunyai 'exit clause' (klausa untuk keluar) dan persoalan menyerahkan kedaulatan perdagangan negara kepada AS adalah tidak timbul.
"Saya tidak mahu bersikap apologetik. Mengapa kita meterai juga? Ini kerana kita perlu pelaburan dan perdagangan tinggi dengan AS," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang ingin tahu sama ada perjanjian ART akan menguntungkan Malaysia.
Menurut Anwar, perjanjian ART yang telah ditandatangani itu turut diteliti oleh pihak China berkaitan sama ada klausa yang termaktub dalam perjanjian itu akan membatalkan kemungkinan kerjasama bersama mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#art
#perjanjian perdagangan
#Anwar Ibrahim
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan