awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkasa bahasa Melayu, Nga Kor Ming akui mampu bertutur enam bahasa

Faida Rahim
Faida Rahim
20/01/2026
04:38 MYT
Perkasa bahasa Melayu, Nga Kor Ming akui mampu bertutur enam bahasa
Nga Kor Ming menegaskan, kemampuan beliau bertutur dalam enam bahasa merupakan gambaran kekuatan sebenar Malaysia sebagai negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan linguistik. - Gambar fail Astro AWANI
PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan, kemampuan beliau bertutur dalam enam bahasa merupakan gambaran kekuatan sebenar Malaysia sebagai negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan linguistik.
Beliau berkata, penguasaan pelbagai bahasa bukan sahaja kelebihan peribadi, namun, bahasa Melayu wajar terus diperkasa bagi memastikan daya saing Malaysia kekal tinggi di pentas global.
“Menguasai pelbagai bahasa adalah kekuatan negara kita. Saya sendiri boleh bertutur dalam enam bahasa. Itu pun saya antara yang kurang cerdik, yang lebih bijak saya yakin lebih ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun 2026 bersama warga KPKT dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), di sini, pada Selasa.
Beliau menegaskan, martabat bahasa Melayu perlu terus diangkat, dalam masa sama memperkukuh penguasaan bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Cina.
“Pada masa sama, saya nak tegaskan kita perlu mengangkat martabat bahasa Melayu sambil memperkasakan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa lain. Kerana kepelbagaian adalah kekuatan negara kita. Jangan sesekali hilang kelebihan daya saing itu,” katanya.
Beliau berkata, usaha memperkasa bahasa perlu digerakkan secara menyeluruh merentasi sektor kerajaan dan perkhidmatan awam, selaras dengan aspirasi membina masyarakat yang versatil dan berdaya saing.
Tambah beliau lagi, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah mengambil langkah ke hadapan dengan menganjurkan Public Speaking Competition in English (Piala Menteri) bagi meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan penjawat awam.
“Saya sangat bangga. Penjawat awam saya bukan sahaja petah berbahasa Melayu, mereka juga hebat berbahasa Inggeris. Inilah kekuatan negara kita,” katanya.
Beliau menegaskan, pembangunan modal insan yang menguasai pelbagai bahasa akan terus menjadi fokus kementeriannya bagi memastikan perkhidmatan awam lebih kompetitif dan berkesan.
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#KPKT
#Bahasa Melayu
#perkhidmatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan