awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkasa P.Pinang mahu aktif dalam bidang kebajikan

Bernama
Bernama
24/05/2013
23:38 MYT
Perkasa P.Pinang mahu aktif dalam bidang kebajikan
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang mahu lebih aktif khususnya dalam bidang kebajikan selain ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.
Timbalan Yang Dipertuanya Fadzil Shuib berkata usaha itu adalah satu daripada cara bagi mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap pertubuhan berkenaan yang selama ini dianggap hanya memperjuangkan orang Melayu.
Untuk tujuan itu, katanya pihaknya merancang membuka Pusat Khidmat mulai bulan depan bagi membantu menangani pelbagai masalah kebajikan yang dihadapi rakyat Pulau Pinang.
"Langkah yang Perkasa buat itu bagi membuktikan pertubuhan ini bukan sebuah NGO (badan bukan kerajaan) yang rasis pada sesuatu kaum sahaja seperti didakwa pihak tertentu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui pada majlis penyampaian sumbangan pendidikan Perkasa kepada dua pelajar miskin yang akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Gambang Pahang.
Pelajar berkenaan Nur Aiffah Suhadah Mohd Sharudin, 18, dan Alin Azureen Amwan, 18, menerima bantuan sebanyak RM1,000 seorang.
Topic Berkaitan
#fadzil shuib
#PERKASA
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan