awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkataan 'tok lebai' cetus kekecohan di sidang Dewan

Bernama
Bernama
29/03/2017
07:50 MYT
Perkataan 'tok lebai' cetus kekecohan di sidang Dewan
Lau (gambar) enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker DUN, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Lau menarik semula perkataan itu. - Gambar fail
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang anggota dari DAP mengeluarkan perkataan 'tok lebai' yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan 'tok lebai' yang merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit.
Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah dan menegur Lau untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia seolah-olah menghina agama Islam.
"Dalam agama Islam, 'tok lebai' merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam," katanya.
Namun, Lau enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker DUN, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Lau menarik semula perkataan itu.
Lau kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam.
Istilah 'tok lebai' menjadi popular selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun twitternya baru-baru ini merujuk seorang invidu sebagai 'tok lebai' yang dikatakan bercita-cita hendak menawan Selangor.
"Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur," kata Mohamed Azmin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Dewan Undangan Negeri
#DUN Selangor
#ekonomi negara
#Lau Weng San
#Menteri Besar
#Sulaiman Abdul Razak
#Sultan Selangor
#tok lebai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan