awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkeso sahkan pegawai ditahan SPRM

Bernama
Bernama
19/05/2023
03:59 MYT
Perkeso sahkan pegawai ditahan SPRM
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengesahkan penahanan seorang pegawai agensi itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Hire 2.0 semalam.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengesahkan penahanan seorang pegawai agensi itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Hire 2.0 semalam.
Perkeso dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung insentif pengambilan pekerja bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana).
Menurut Perkeso, pegawai terbabit disyaki terlibat menerima suapan bagi meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Penjana.
"Sehubungan itu, pihak kami menegaskan bahawa Perkeso tidak akan mencampuri urusan tersebut dan memberi kerjasama serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SPRM untuk menjalankan penyiasatan ke atas pegawai berkenaan sehingga selesai," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, media melaporkan SPRM telah menahan seorang pegawai perkhidmatan sebuah agensi selepas disyaki terbabit menerima wang habuan ribuan ringgit daripada seorang pemilik syarikat sebagai upah meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah program Penjana bernilai kira-kira RM1.3 juta. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#SPRM
#pegawai Perkeso ditahan SPRM
#program Penjana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan