awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump akan bincang kemungkinan keluar NATO dalam pertemuan dengan Rutte
‘Ratu Ketamin’ dihukum penjara 15 tahun sebabkan kematian pelakon Matthew Perry
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan ETS, komuter Batu Caves-Pulau Sebang kembali mengikut jadual

Bernama
Bernama
26/03/2026
03:39 MYT
Perkhidmatan ETS, komuter Batu Caves-Pulau Sebang kembali mengikut jadual
KTMB memaklumkan semua penumpang ETS serta KTM Komuter yang terjejas telah selamat tiba ke destinasi masing-masing. - Gambar hiasan
Operasi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter laluan Batu Caves-Pulau Sebang-Batu Caves yang terjejas akibat kerosakan alat talian atas (ATA) di KM 434.423 antara Stesen Batang Benar-Labu, kembali beroperasi mengikut jadual.
Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja baik pulih sistem elektrifikasi susulan kejadian yang berlaku semalam, berjaya diselesaikan sepenuhnya pada 3.56 pagi tadi.
“Sepanjang tempoh gangguan, KTMB mengambil langkah proaktif dan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan keselamatan serta kebajikan penumpang sentiasa terpelihara termasuk mengurus pergerakan mereka yang terkandas dengan bas pengantara serta bantuan petugas di lapangan,” menurut kenyataan itu.
KTMB memaklumkan semua penumpang ETS serta KTM Komuter yang terjejas telah selamat tiba ke destinasi masing-masing.
KTMB turut menegaskan komitmen mereka untuk memastikan sebarang gangguan ditangani segera menerusi tindakan pemulihan pantas serta pemantauan operasi berterusan bagi meminimumkan kesan kepada pengguna.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui saluran media sosial rasmi KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB menerusi talian 03-97791200
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KTMB
#gangguan
#operasi
#tren
#ETS
#KTM Komuter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan