awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekumpulan individu bertopeng ceroboh pusat hiburan di Cheras
Bomba berjaya padam tiga kes kebakaran belukar lebih dua hektar di Pasir Mas
PRU16: UMNO Terengganu ketengah calon 'favourite' rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera ditutup 8 hingga 14 Jun - PBBPP

Bernama
Bernama
09/03/2026
09:36 MYT
Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera ditutup 8 hingga 14 Jun - PBBPP
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memaklumkan penyelenggaraan berjadual itu termasuk menukar bogi dan gegelung penyaman udara koc. - Gambar fail
Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual tahunan kali kedua bagi 2026 bermula 8 hingga 14 Jun ini dan akan beroperasi semula pada 15 Jun.
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyelenggaraan berjadual itu termasuk menukar bogi dan gegelung penyaman udara koc.
“PBBPP menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama setiap tahun di bawah pengawasan jurutera pengeluar funikular, Garaventa AG dari Switzerland bagi memastikan sistem funikular berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan keselamatan yang ketat.
“Kami juga menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem funikular secara harian, mingguan dan bulanan serta pemeriksaan turut dijalankan selepas waktu operasi,” menurut kenyataan itu.
Menurut PBBPP, dalam tempoh tersebut pengunjung boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh Persatuan Pemandu Perkhidmatan Jeep Bukit Bendera yang terletak bersebelahan Jabatan Taman Botani Pulau Pinang atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera.
Sebelum ini, perkhidmatan Funikular Bukit Bendera ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dari 12 hingga 18 Jan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBBPP
#funikular
#Bukit Bendera
#tutup
#penyelenggaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan