awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Misi bantuan 30 kontena, GSF 2.0 dua inisiatif berbeza - SNCC
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis sasar tarik pelabur Perancis dalam sektor pertanian moden, pendidikan dan teknologi hijau

Astro AWANI
Astro AWANI
23/02/2026
20:55 MYT
Perlis sasar tarik pelabur Perancis dalam sektor pertanian moden, pendidikan dan teknologi hijau
Tuanku Syed Faizuddin (dua dari kanan) berkenan menyerahkan sumbangan RM4,000 kepada Masjid Les Abeilles di Paris sempena program Infaq Ramadan anjuran Kedutaan Besar Malaysia bersama komuniti Islam di Paris pada Isnin. Hadir sama Eldeen Husaini (kiri). -
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sudah tiba masanya Perlis membuka pintu lebih luas kepada pelabur Perancis yang kini giat mencari peluang baharu di Asia Tenggara, khususnya Malaysia.
Baginda bertitah, antara sektor berpotensi besar untuk diterokai bersama ialah pertanian moden, pendidikan berkualiti tinggi dan teknologi hijau.
Menurut kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), titah berkenaan disampaikan selepas baginda berkenan menyerahkan sumbangan RM4,000 kepada Masjid Les Abeilles di Paris sempena program Infaq Ramadan anjuran Kedutaan Besar Malaysia bersama komuniti Islam di kota tersebut, pada Isnin.
Sumbangan itu diterima oleh Imam Benerruoa Jamal dan Imam Assougdam Said, dengan turut disaksikan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, serta pegawai-pegawai kedutaan.
Menurut Eldeen Husaini, inisiatif ‘From Perlis To Paris’ mencerminkan komitmen MAIPs dalam memperkukuh hubungan ukhuwah dan menyokong usaha kebajikan masyarakat Islam di luar negara.
Beliau turut memaklumkan, perdagangan keseluruhan Malaysia–Kesatuan Eropah pada 2025 melebihi 630 bilion euro, mencatat rekod baharu meskipun berdepan cabaran pasaran global. Peningkatan eksport Malaysia meliputi produk elektrik dan elektronik (E&E), barangan berasaskan minyak sawit serta peralatan pengangkutan.
Menurutnya, trend itu menunjukkan Malaysia terus kekal kompetitif dan berada pada kedudukan kukuh dalam rantaian bekalan global, menjadikan negara ini pilihan strategik bagi pembeli dan pemain industri Eropah, termasuk Perancis.
Susulan itu, pihak Kedutaan Malaysia di Paris akan memperkenalkan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) kepada pelabur Perancis yang berminat mengembangkan perniagaan ke Malaysia.
Dalam sektor pendidikan, kedutaan turut akan menghubungi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk mempertimbangkan permohonan pelajar Perancis bagi mengikuti program pertukaran jangka pendek di Perlis.
Selain itu, MAIPs melalui Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) turut menawarkan peluang pengajian kepada komuniti Muslim luar negara, termasuk Perancis, melalui program berkonsepkan Applied Sunnah yang menjadi identiti unik universiti tersebut.
Topic Berkaitan
#Perlis
#pelabur Perancis
#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin
#MAIPs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan