awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu ada SOP sebelum lepaskan tembakan - Najib

Astro Awani, Hakim Rahman
Astro Awani, Hakim Rahman
15/07/2014
09:25 MYT
Perlu ada SOP sebelum lepaskan tembakan - Najib
NAJIB: SOP yang jelas diperlukan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pasukan keselamatan harus mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas sebelum mereka dibenarkan untuk melepaskan tembakan kepada penceroboh di perairan Sabah.
Kata Najib, ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku yang melibatkan nyawa rakyat yang tidak berdosa .
"Saya khuatir jika tidak ada pengarahan dan panduan yang jelas akan timbul sesuatu yang tidak diingini dan orang yang tidak bersalah boleh menjadi mangsa," katanya dalam satu sidang akhbar di Seri Perdana.
Sehubungan itu, Najib meminta pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengemukan SOP itu untuk diteliti kerajaan.
Melihat situasi semasa di kawasan keselamatan khas pantai timur Sabah (ESSCOM), pihak berkuasa sedang meneliti langkah tambahan untuk tindakan lebih tegas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak didapati menceroboh perairan negara.
Beliau mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz yang mencadangkan kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak pihak menceroboh perairan sabah.
Ia susulan insiden serang hendap di sebuah resort di Pulau Mabul pada sabtu malam, yang mengorbankan anggota pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, manakala rakan setugasnya Konstabel Zakia Aleip, dilarikan.
Walau bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah menolak cadangan itu dengan berkata Malaysia bukan negara ketenteraan.
Topic Berkaitan
#Ketua Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
#Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
#Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan