awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permaisuri Agong berangkat ke majlis tahlil Allahyarham Tun Rahah

Bernama
Bernama
20/12/2020
16:15 MYT
Permaisuri Agong berangkat ke majlis tahlil Allahyarham Tun Rahah
Seri Paduka kemudiannya berkenan menunaikan solat isyak yang diimamkan Khairul Haffiz sebelum meluangkan masa bersantap dan berangkat meninggalkan majlis pada 9.40 malam. -Bernama
KUALA LUMPUR:Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Tahlil Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda pada 6.55 petang disambut anak Allahyarham Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga bekas Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Tunku Azizah berkenan menunaikan solat maghrib diikuti bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin imam Masjid Ar-Rahah Khairul Haffiz Abd Halim.
Seri Paduka kemudiannya berkenan menunaikan solat isyak yang diimamkan Khairul Haffiz sebelum meluangkan masa bersantap dan berangkat meninggalkan majlis pada 9.40 malam.
Hanya sebilangan kecil jemaah hadir pada malam ini selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ekoran penularan wabak COVID-19.
Tun Rahah, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, pada Jumaat dan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara di Lingkaran Makam Pahlawan Masjid Negara, semalam.
Tun Rahah adalah isteri perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#majlis tahlil
#Allahyarham Tun Rahah
#Najib Tun Razak
#Rosmah Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan