awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permaisuri Johor berkenan luangkan masa ziarahi keluarga Allahyarham Nurul Ain

Bernama
Bernama
07/02/2019
21:35 MYT
Permaisuri Johor berkenan luangkan masa ziarahi keluarga Allahyarham Nurul Ain
Tuanku Permaisuri meluangkan masa hampir 45 minit membaca Surah Yasin serta menemui kedua ibu bapa Allahyarham Nurul Ain, Sajali Ninmat dan Nurin Abdullah. - Facebook The Royal Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat menziarahi keluarga Allahyarham Nurul Ain Sajali di Kampung Sepakat, Masai, di sini, Khamis malam.
Menurut catatan dalam laman Facebook The Royal Johor, baginda berangkat tiba di kediaman keluarga Nurul Ain pada 9 malam, beberapa minit selepas ketibaan jenazah kanak-kanak itu.
Nurul Ain yang berusia sembilan tahun, lemas dalam tragedi di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, pada Rabu, dan mayatnya ditemukan kira-kira 4.30 petang Khamis.
Tuanku Permaisuri meluangkan masa hampir 45 minit membaca Surah Yasin serta menemui kedua ibu bapa Allahyarham Nurul Ain, Sajali Ninmat dan Nurin Abdullah.
Jenazah Nurul Ain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pertanian, Masai, selepas selesai solat Isyak.
Menurut catatan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Tuanku Permaisuri Johor turut menzahirkan rasa sedih di atas tragedi yang menimpa kanak-kanak itu dan baginda berdua turut berkongsi kesedihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenazah
#Kampung Sepakat
#Kanak-kanak
#kebumi
#lemas
#mangsa
#masai
#Nurul Ain Sajali
#Pantai Tanjung Balau
#Permaisuri Johor
#Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah
#ziarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan