awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permit jual mercun, bunga api ditarik balik jika peniaga langgar syarat - Polis

Bernama
Bernama
14/03/2026
05:56 MYT
Permit jual mercun, bunga api ditarik balik jika peniaga langgar syarat - Polis
Sebuah gerai menjual pelbagai jenis bunga api dan mercun di Kampung Gong Limau terbakar awal pagi semalam. - Gambar fail
Polis mengingatkan penjual bunga api dan mercun supaya mematuhi segala syarat yang dikenakan bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata antara syarat yang ditetapkan adalah peniaga perlu menyediakan tempat simpanan mercun dan bunga api yang selamat serta mempunyai lesen penjaja daripada pihak berkuasa tempatan.
“Tindakan menarik balik permit penjualan mercun dan bunga api akan diambil sekiranya didapati ada peniaga yang tidak mematuhi syarat dikenakan,” katanya dalam kenyataan hari ini, susulan kejadian kebakaran sebuah gerai menjual barangan letupan itu di Kampung Gong Limau dekat sini semalam.
Mohd Razi ketika mengulas kejadian itu berkata pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil terhadap peniaga berkenaan.
“Permit penjualan boleh ditarik balik sekiranya didapati wujud unsur kecuaian di pihak peniaga sehingga menyebabkan berlakunya kejadian itu,” katanya, sambil memaklumkan setakat ini pemilik dan dua pekerja gerai telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata peniaga gerai itu sebelum ini memperoleh permit untuk menjalankan aktiviti penjualan mercun dan bunga api sempena sambutan Aidilfitri di lokasi berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai berlaku ketika peniaga gerai berkenaan keluar membeli makanan untuk bersahur di sebuah kedai makan berhampiran dan kes disiasat mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan,” katanya.
Semalam, Bernama melaporkan penduduk di Kampung Gong Limau di sini mendengar letupan kuat dalam kebakaran sebuah gerai menjual pelbagai jenis bunga api dan mercun pada 4.15 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Ramadan 2026
#permit mercun dan bunga api
#kebakaran akibat mercun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan