awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian

Bernama
Bernama
23/01/2025
20:45 MYT
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Aaron memaklumkan, sebanyak 78 program perpaduan yang diterajui NGO melalui kerjasama kementerian telah dilaksanakan di seluruh negara dengan penglibatan 621,739 peserta pada tahun lepas. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Insentif bantuan kewangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, langkah itu selaras dengan reformasi perkhidmatan awam dan amalan tatakelola yang baik selain bagi memastikan proses permohonan dan kelulusan yang lebih efisien.
"Penambahbaikan yang dibuat melalui Portal Bantuan Kewangan Program Perpaduan juga merupakan manifestasi bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan," katanya semasa berucap melancarkan portal itu, di sini, pada Khamis.
Aaron berkata, permohonan secara dalam talian juga dapat mempermudahkan urusan dan mengurangkan kekangan yang mungkin dihadapi NGO semasa membuat permohonan itu, sekali gus mempercepatkan pelaksanaan program perpaduan yang ingin dicadangkan.
Beliau memaklumkan, sebanyak 78 program perpaduan yang diterajui NGO melalui kerjasama kementerian telah dilaksanakan di seluruh negara dengan penglibatan 621,739 peserta pada tahun lepas.
Pada perkembangan lain, Aaron berkata, sebanyak 110 buah NGO diiktiraf sebagai 'Friends of Unity' untuk bersama-sama kementerian mencapai aspirasi memperkukuhkan perpaduan antaranya Pertubuhan Kembara Anak Seni Selangor, Pertubuhan Nadi Sihat, Persatuan Siam Malaysia dan Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Sementara itu, dalam sidang media, Aaron berkata, jumlah bantuan kewangan yang diluluskan adalah bergantung kepada keperluan program yang hendak dilaksanakan.
Beliau berkata, antara kriteria penganjuran ialah bertemakan 'Harmoni Dalam Kepelbagaian' yang mengetengahkan komponen asas dalam membentuk kesepaduan masyarakat dan keharmonian negara tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kewangan
#perkhidmatan awam
#NGO
#komponen asas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan