awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan jaminan dua tahanan LTTE didengar 11 Disember

Fareez Azman
Fareez Azman
05/12/2019
09:18 MYT
Permohonan jaminan dua tahanan LTTE didengar 11 Disember
B Subramaniam dan A Kalaimughilan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 11 Disember ini sebagai tarikh mendengar permohonan jaminan bagi dua tahanan dikaitkan dengan Kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), B Subramaniam, 57, dan A Kalaimughilan, 28.
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memohon mahkamah memberi masa bagi menjawab afidavit pihak pembelaan.
Terdahulu pihak pembelaaan yang diwakili peguam S Selvam dan Gaithiri mengemukakan permohonan jaminan bagi Subramaniam
Manakala peguam MV Yogesh yang mewakili Kalaimughilan pula berkata, pihaknya baru hari ini memfailkan permohonan untuk mengikat jamin anak guamnya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Alif Asraf Anuar Sharuddin dan Low Qin Hui membantah permohonan itu dan meminta mahkamah masa untuk meneliti setiap afidavit yang dikemukakan pihak pembelaan sebelum hujahan balas.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memeriksa aduan dua tertuduh berkenaan dikatakan diseksa dan menerima layanan buruk ketika dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh mengikut Seksyen 133 Prosedur Tatacara Jenayah
Tertuduh pertama yang juga pengusaha kedai runcit, B Subramaniam dalam keterangannya di hadapan Hakim Azura Alwi memaklumkan dakwaan dirinya mengalami penderaan mental selama dua hari ketika ditahan.
Dalam keterangan di kandang saksi, Subramaniam mendakwa, telah dipaksa oleh beberapa anggota polis untuk menandatangani kenyataan atas namanya serta suntingan video berkaitan LTTE yang dikaitkan dengannya ketika siasatan dijalankan.
Dakwanya, ketika berada dalam tahanan, dia juga mengalami penderaan mental apabila dimasukkan ke dalam bilik berasingan serta bilik berhawa dingin selama dua hari sehingga mengalami selesema dan demam.
"Semasa saya disiasat, saya diminta untuk mengaku sebagai penyokong pengganas, saya ditempatkan di dalam bilik penghawa dingin yang sejuk. Saya ditempatkan di sebuah bilik berasingan yang gelap.
"Saya juga diugut oleh beberapa pegawai penyiasat dengan mengatakan, ahli keluarga saya akan ditahan jika saya enggan mengaku dalam kes ini," katanya ketika memberi keterangan dalam bahasa Tamil diterjemahkan oleh jurubahasa mahkamah.
Mahkamah bagaimanapun menangguh pemeriksaan aduan dan akan bersambung semula dengan tertuduh kedua A Kalaimughilan esok.
Topic Berkaitan
#dakwaan
#dera
#jaminan
#Kuala Lumpur
#Layanan Buruk
#LTTE
#Mahkamah Sesyen
#pemeriksaan
#reman
#siasatan
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan