awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan lesen pusat timbang sawit swasta di Felda Triang diluluskan pada 9 Feb - MPOB

Bernama
Bernama
06/06/2023
20:40 MYT
Permohonan lesen pusat timbang sawit swasta di Felda Triang diluluskan pada 9 Feb - MPOB
Permohonan lesen bagi kategori Peniaga Buah Kelapa Sawit (DF) syarikat yang seterusnya akan membuka pusat timbang sawit di Feldra Triang, Pahang telah diluluskan pada 9 Feb. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Permohonan lesen bagi kategori Peniaga Buah Kelapa Sawit (DF) syarikat yang seterusnya akan membuka pusat timbang sawit di Felda Triang, Pahang telah diluluskan pada 9 Feb, 2023 selepas semua kriteria permohonan lesen yang ditetapkan dipenuhi, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
MPOB menjelaskan, lesen DF membolehkan pemegang lesen membeli dan mengalih tandan buah segar (FFB) kelapa sawit dari kebun kecil atau estet selain menjual dan mengalih FFB sawit ke kilang kelapa sawit.
"Permohonan lesen di Felda Triang 1 dan Triang 2 adalah memenuhi kriteria dan polisi pelesenan MPOB dan tidak melanggar mana-mana syarat lesen yang dikuatkuasakan ke atas pemegang lesen," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.
Kenyataan itu bagi mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1 Jun, 2023 berhubung bantahan kalangan peneroka Gugusan Felda Triang terhadap pembukaan pusat timbang sawit swasta di tanah rancangan dan ladang di antara Felda Triang 1 dan Felda Triang 2.
MPOB memaklumkan bahawa pihaknya telah menambah baik kriteria permohonan lesen bagi semua kategori lesen termasuk DF.
Penambahbaikan kriteria ini adalah selari dengan keperluan dan perkembangan industri sawit yang dinamik, menurutnya.
"Kriteria baharu telah berkuat kuasa pada 1 Jan, 2022 yang merupakan pendekatan MPOB kepada penggiat industri untuk menjalankan urus niaga dan persaingan yang sihat dalam memastikan kualiti buah kelapa sawit serta penjanaan ekonomi dengan bayaran yang setimpal kepada pengeluar buah kelapa sawit.
"Antara kriteria permohonan lesen DF yang telah dimansuhkan adalah kesesuaian premis dan jarak," jelasnya.
MPOB menekankan bahawa pelesenan industri sawit bertujuan mengawal selia industri kelapa sawit secara sihat dan sempurna, sejajar dengan perkembangan industri kelapa sawit yang dinamik di samping memastikan industri sawit berdaya saing serta berkembang dengan teratur. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat timbang sawit swasta
#Felda Triang
#Peniaga Buah Kelapa Sawit
#MPOB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan