awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan, pembaharuan pasport secara 'walk in' masih dibenarkan - Saifuddin Nasution

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/02/2023
03:20 MYT
Permohonan, pembaharuan pasport secara 'walk in' masih dibenarkan - Saifuddin Nasution
SAIFUDDIN NASUTION: Kita masih benarkan permohonan pasport antarabangsa secara walk-in, dan kita juga komited, melalui proses walk-in, ia boleh siap dalam tempoh satu hari. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Orang ramai masih boleh memohon dan memperbaharui pasport antarabangsa secara terus atau walk-in.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi permohonan secara walk-in, kerajaan komited untuk menyiapkan dokumen itu dalam tempoh satu hari.
Katanya, sepanjang tempoh pandemik COVID-19 hingga hari ini, Jabatan Imigresen mengeluarkan 2.5 juta pasport dan daripada jumlah itu, 45 peratus permohonan dilakukan secara dalam talian.
"Mengisi borang ikut syarat, dengan gambar yang berkualiti, (ambil masa) tak sampai lima minit.
"Cuma, pasportnya itu akan mengambil masa beberapa hari untuk siap, berbanding secara walk-in, yang akan siap pada hari sama.
"Kita masih benarkan permohonan secara walk-in, dan kita juga komited, walk-in (boleh) siap dalam tempoh satu hari," katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) berhubung langkah penyelesaian proaktif dan progresif dalam mengatasi isu kesesakan serius bagi urusan pasport di Jabatan Imigresen selain cadangan untuk mengembalikan semula proses permohonan secara walk-in.
Selain itu, tambah Saifuddin Nasution, bagi mengurangkan kesesakan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), pintu masuk automatik yang sebelum ini hanya khusus untuk rakyat Malaysia akan dibuka kepada pelancong dari negara-negara berisiko rendah seperti Singapura, Brunei dan Negara Kumpulan Tujuh (G7).
Negara G7 merangkumi Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman, Jepun, Kanada dan Itali.
Beliau memberitahu, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan pada lawatan beliau ke KLIA petang ini.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#pasport antarabangsa
#jabatan imigresen
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan