awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan untuk Skim Saraan Bercagar di Lembah Kelang dibuka mulai 17 Januari

Bernama
Bernama
14/01/2022
22:39 MYT
Permohonan untuk Skim Saraan Bercagar di Lembah Kelang dibuka mulai 17 Januari
Cagamas berkata, pinjaman SSB ditawarkan pada pembiayaan kadar tetap sebanyak lima peratus setahun ke atas jumlah pinjaman tertunggak.
KUALA LUMPUR: Skim Saraan Bercagar (SSB) Cagamas Bhd, pinjaman gadai janji terbalik untuk pemilik rumah yang telah bersara akan dibuka untuk permohonan daripada pemilik rumah yang layak di Lembah Klang mulai Isnin, 17 Januari, 2022.
Cagamas berkata SSB adalah skim membantu pemilik rumah dalam golongan warga emas membiayai persaraan mereka.
"Skim ini membolehkan pesara berumur 55 tahun ke atas, meminjam berbanding nilai rumah mereka yang dibayar penuh dan menukarnya kepada pembayaran tunai bulanan yang tetap sepanjang hayat mereka untuk menambah dana persaraan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pinjaman SSB akan ditawarkan pada pembiayaan kadar tetap sebanyak lima peratus setahun ke atas jumlah pinjaman tertunggak dan yuran pengecualian rekursa pendahuluan secara sekali sebanyak 1.75 peratus terhadap nilai hartanah awal.
Di bawah tawaran kadar tetap, skim ini mampu menawarkan bayaran bulanan yang lebih tinggi kepada pesara kerana ia mampu bertahan kepada turun naik kadar faedah sepanjang tempoh pinjaman SSB keseluruhan.
Mengenai faedah lain, Cagamas berkata pembayaran bayaran bulanan adalah komitmen seumur hidup, tertakluk kepada terma dan syarat.
"Tiada pembayaran balik diperlukan bagi sepanjang hayat peminjam. Pembayaran balik hanya perlu dibayar apabila peminjam meninggal dunia atau peminjam bersama yang masih hidup," katanya.
Pemohon yang berminat boleh menetapkan tarikh janji temu untuk SSB di salah satu daripada dua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya melalui https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai ciri-cirinya, kriteria kelayakan dan proses permohonan termasuk pengiraan untuk pembayaran indikatif bulanan, pemohon boleh melayari lawam web SSB di www.ssb.cagamas.com.my.
Pertanyaan mengenai SSB juga boleh dilakukan dengan menghantar e-mel kepada [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skim Saraan Bercagar
#pinjaman gadai janji
#Cagamas Bhd
#pemilik rumah warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan