awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku pengarah ICE Todd Lyons bakal tinggalkan agensi
Serigala ‘terlepas’ di Korea Selatan akhirnya ditangkap selepas sembilan hari
Konflik Asia Barat: Pasukan AS ‘bersedia sepenuhnya’ - Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perompak bank di Naples tahan 25 tebusan, lolos melalui terowong

Astro AWANI
Astro AWANI
16/04/2026
21:07 MYT
Perompak bank di Naples tahan 25 tebusan, lolos melalui terowong
Rakaman susulan menunjukkan anggota polis dan bomba memeriksa lubang pembetung berhampiran. - Foto X/Dario D'Angelo
Sekumpulan lelaki bersenjata merompak sebuah bank di pusat bandar Naples, Itali, dan menahan 25 orang sebagai tebusan sebelum melarikan diri melalui sebuah terowong, dalam kejadian yang berlaku pada Khamis.
Polis mengepung cawangan Credit Agricole sejurus selepas rompakan bermula sekitar tengah hari waktu tempatan.
Media tempatan melaporkan rundingan diadakan dengan perompak, sebelum kesemua tebusan dibebaskan kira-kira dua jam kemudian.
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan anggota bomba memecahkan tingkap dengan alat pemecah dan membantu orang ramai keluar dari dalam bangunan.
Ada tebusan yang kelihatan tenang dan terus berjalan, namun sebahagian lain kelihatan trauma, menangis dan memeluk ahli keluarga mereka.
Enam individu yang mengalami kejutan diberikan bantuan perubatan.
Seorang tebusan memberitahu portal berita Fanpage.it bahawa mereka dikurung di dalam sebuah bilik, namun perompak bersenjata itu tidak menggunakan kekerasan.
Tiada kecederaan serius dilaporkan. Pegawai wilayah, Michele di Bari, berkata tindakan pantas pihak berkuasa membolehkan semua tebusan dibebaskan tanpa kecederaan serius menjelang 1.30 tengah hari.
Pasukan khas polis bersenjata Carabinieri diterbangkan khas dari Tuscany, dan beberapa jam kemudian menyerbu bank tersebut dengan memecahkan tingkap.
Bunyi tembakan serta letupan bom gegaran turut kedengaran menerusi siaran langsung kejadian itu.
Bagaimanapun, perompak dipercayai telah melarikan diri lebih awal melalui sebuah terowong, berkemungkinan memasuki sistem pembetungan.
Rakaman susulan menunjukkan anggota polis dan bomba memeriksa lubang pembetung berhampiran.
Menurut Fanpage.it, nilai rampasan masih belum dapat ditentukan kerana perompak menyasarkan peti simpanan keselamatan peribadi, bukannya wang tunai.
Topic Berkaitan
#rompak bank
#tebusan
#terowong bawah tanah
#Credit Agricole
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan