awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perompak pecah masuk pejabat JKM di Tanah Merah, ikat pengawal, larikan kenderaan

Bernama
Bernama
12/04/2026
07:39 MYT
Perompak pecah masuk pejabat JKM di Tanah Merah, ikat pengawal, larikan kenderaan
Dua kenderaan yang dilarikan ialah sebuah Mitsubishi Triton berwarna kelabu hitam  dan sebuah Toyota Fortuner berwarna hitam. - Gambar hiasan
Dua kenderaan milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelewek, Tanah Merah, dilarikan oleh sekumpulan empat hingga lima suspek yang memecah masuk premis pejabat agensi itu awal pagi tadi.
Pengarah JKM Kelantan Che Samsuzuki Che Noh berkata menerusi kamera litar tertutup di premis berkenaan, kejadian berlaku kira-kira 4.30 pagi apabila seorang petugas keselamatan telah didatangi empat hingga lima suspek sebelum tangannya diikat.
Beliau berkata dua kenderaan yang dilarikan ialah sebuah Mitsubishi Triton berwarna kelabu hitam dan sebuah Toyota Fortuner berwarna hitam.
"Suspek juga dipercayai cuba melarikan sebuah lagi kenderaan jenis Nissan Navara milik jabatan, namun cubaan itu gagal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata berdasarkan maklumat awal diperolehi kedua-dua kenderaan tersebut dipercayai telah dibawa ke Thailand.
"Kes ini kita telah laporkan kepada pihak polis dan ia masih lagi dalam siasatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pejabat JKM
#Tanah Merah
#pecah masuk
#curi kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan