awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang

Bernama
Bernama
27/02/2025
23:00 MYT
Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah, jangan biarkan perbezaan menjadi punca perpecahan, sebaliknya hormatilah antara satu sama lain dan carilah titik persamaan demi kesejahteraan bersama. - Gambar Bernama
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan c.
Baginda bertitah, sehubungan itu, rakyat diminta supaya tidak membiarkan perbezaan fahaman dan kepentingan kecil memecahbelahkan masyarakat.
"Jangan biarkan perbezaan menjadi punca perpecahan, sebaliknya hormatilah antara satu sama lain dan carilah titik persamaan demi kesejahteraan bersama.
"Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua pihak agar perlu sentiasa bersangka baik. Janganlah kita terlalu cepat menilai seseorang atau sesuatu perkara dengan sikap negatif," titah baginda semasa berangkat pada Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat, di Masjid Negeri, di sini malam tadi.
Berangkat sama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan kerajaan supaya menyantuni dan prihatin terhadap rakyat di samping pembangkang memainkan peranan membina serta memberi cadangan yang baik.
"Semua pihak, kerajaan, pembangkang dan rakyat mesti meninggalkan sikap suka memfitnah, menabur kebencian dan menyebarkan berita tidak benar yang akan melemahkan perpaduan serta menghakis nilai moral dalam masyarakat," titah baginda. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Pahang
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#perpaduan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan