awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perpecahan pasti berlaku, penangguhan pemilihan Gerakan bukan isu baharu' - Dominic

Faida Rahim
Faida Rahim
24/03/2026
04:33 MYT
'Perpecahan pasti berlaku, penangguhan pemilihan Gerakan bukan isu baharu' - Dominic
Dominic berkata amalan menangguhkan pemilihan telah berlaku sejak era kepimpinan sebelum ini. - Gambar/ Astro AWANI
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau, menegaskan bahawa penangguhan pemilihan parti bukanlah isu baharu, sebaliknya langkah yang dibenarkan di bawah perlembagaan parti demi memastikan kesatuan Gerakan ketika menghadapi pilihan raya.
Beliau berkata amalan menangguhkan pemilihan telah berlaku sejak era kepimpinan sebelum ini, termasuk ketika beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Pemuda pada zaman Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menerajui parti.
“Semasa saya menjadi Setiausaha Agung Pemuda pada 2008, setiap kali pilihan raya umum tiba, pemilihan parti ditangguhkan. Kita tahu bahawa jika tidak mendapat mandat rakyat, you are nobody at all. Kita bukan sesiapa jika parti tidak relevan,” katanya.
Menurut beliau, perlembagaan Gerakan memperuntukkan secara jelas bahawa Majlis Pusat mempunyai kuasa membuat penangguhan pemilihan, terutamanya apabila parti perlu memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum dan negeri.
Beliau menjelaskan bahawa pemilihan parti lazimnya mencetuskan perpecahan dalaman, dan keadaan itu boleh melemahkan jentera parti ketika bertembung dalam PRU atau PRN.
“Jika ada pemilihan, sudah tentu akan berlaku perpecahan. Bila ada perpecahan, bagaimana kita hendak menghadapi PRU dan PRN? Dan siapa yang kalah, tetap kalah,” katanya.
Beliau berkata langkah penangguhan yang diamalkan sejak era bekas pemimpin Gerakan terdahulu menunjukkan kebijaksanaan mereka dalam memahami risiko perpecahan dalaman ketika menghadapi pilihan raya.
“Oleh itu, perkara ini tidak wajar dijadikan isu. Namun, seperti yang saya sebutkan, memang ada segelintir individu yang mempunyai agenda peribadi dan mahu membangkitkan perkara ini. Jika mereka tidak mahu mendengar nasihat, itu hak mereka,” katanya.
Beliau memberi amaran bahawa tindakan mengutamakan agenda peribadi hanya akan melemahkan parti serta memberi ruang kepada pihak lawan menyerang GERAKAN.
“Jika kita pentingkan agenda peribadi, kita sebenarnya memberi peluru kepada pihak luar untuk menembak kita. Jika ada yang mahu lihat Gerakan mati atau tidak relevan, teruskanlah,” katanya.
Sementara itu, beliau yakin perkara itu tidak akan berlaku kerana majoriti pemimpin dan ahli Gerakan mempunyai kesetiaan tinggi terhadap parti.
“Semua ahli dan pemimpin Gerakan sayangkan parti. Sebab itu saya yakin perkara seperti ini tidak akan berlaku dalam Gerakan,” katanya.
Topic Berkaitan
#PRU
#Dominic Lau
#pemilihan GERAKAN
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan