awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan Perubatan Malaysia sokong perlindungan untuk pengamal perubatan

Bernama
Bernama
19/04/2017
23:00 MYT
Persatuan Perubatan Malaysia sokong perlindungan untuk pengamal perubatan
Kolaborasi itu dipercayai akan meletakkan MMA dan doktor di Malaysia dalam kedudukan yang kuat dan saling membantu yang memberikan mereka ketenangan fikiran untuk fokus kepada memberi penjagaan untuk pesakit. Gambar hiasan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah secara rasmi mengesahkan skim perlindungan, Medical Practitioners Indemnity (MPI), satu pilihan bagi liputan perlindungan perubatan untuk pengamal perubatan di Malaysia, berkuatkuasa 1 April.
Broker insurans dan pentadbir skim ialah Jardine Lloyd Thompson Sdn Bhd (JLT) yang mempunyai pengalaman luas dalam mengurus skim insuran perlindungan profesional dan pendedahan salah laku perubatan di Malaysia dan rantau Asia.
Presiden MMA, Dr John Chew berkata MMA, bersama JLT akan berusaha menentukan insuran perlindungan perubatan adalah yang termampu dan cukup inovatif bagi menangani cabaran tuntutan salah laku perubatan yang meningkat.
"Premium bagi MPI adalah kompetitif dan polisi itu meliputi kos pembelaan, selain had perlindungan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan MMA dan JLT di sini pada Rabu.
Ketua Pegawai Eksekutif JLT Malaysia Michael Leong berkata mereka percaya kolaborasi ini akan meletakkan MMA dan doktor di Malaysia dalam kedudukan yang kuat dan saling membantu yang memberikan mereka ketenangan fikiran untuk fokus kepada memberi penjagaan untuk pesakit.
Polisi MPI ini dijamin oleh Pacific & Orient Insurance Co Bhd.
Skim ini menyediakan liputan luas dan panel peguam berpengalaman yang berpangkalan di Malaysia. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#John Chew
#MMA
#pengamal perubatan
#Persatuan Perubatan Malaysia
#skim perlindungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan