awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Persembahan Psy tidak dibiayai oleh kerajaan'

Haider Yutim
Haider Yutim
03/02/2013
12:48 MYT
'Persembahan Psy tidak dibiayai oleh kerajaan'
Kerajaan tidak akan menanggung kos untuk persembahan Psy yang bakal diadakan pada Tahun Baru Cina ini.
Perkara itu telah dimaklumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow hari ini.
Beliau berkata persembahan tersebut akan dibiayai oleh sebuah syarikat korporat.
“Ia tidak dibayar oleh BN samada negeri mahupun pusat,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Teng, bagaimanapun enggan mendedahkan nama syarikat yang membiayi kos persembahan tersebut.
Ketika ditanya tentang jumlah kos perbelanjaannya pula, beliau memberitahu bahawa perkara itu masih dalam pengesahan dan sedang diuruskan oleh sebuah syarikat korporat.
Persembahan tersebut juga telah mungundang pelbagai reaksi di Twitter termasuk yang positif dan negatif.
Terdahulu, Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Wong Mun Hoe berkata persembahan Psy pada 11 Februari ini adalah satu ‘hadiah’ dari Barisan Nasional untuk penduduk Pulau Pinang.
Selain itu, Wong turut menolak dakwaan persembahan itu nanti bermotifkan politik.
Penyanyi popular Korea Selatan yang terkenal dengan lagu Gangnam Style itu bakal mengadakan persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari ini bersama-sama dengan penyanyi tempatan Shila Amzah.
Konsert tersebut adalah persembahan untuk hari terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Gangnam Style
#PSY
#pulau pinang
#Tahun Baru Cina
#teng chang yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan