awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persempadanan Semula Pilihan Raya diwartakan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/03/2018
11:43 MYT
Persempadanan Semula Pilihan Raya diwartakan
Menurut warta itu, syor-syor yang terkandung dalam laporan SPR bertarikh 6 Mac 2018 itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perintah tersebut mula berkuat kuasa. - Astro AWANI / Gambar Fail
Laporan Kajian Semula Persempadanan mengenai Syor-Syor yang dicadangkan bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Ke-6 Tahun 2018 yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam telah diwartakan sebagai undang-undang.
Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya) (Negeri-negeri Tanah Melayu) 2018 yang mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad V itu berkuat kuasa mulai hari ini.
Menurut warta yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, syor-syor yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertarikh 6 Mac 2018 itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perintah tersebut mula berkuat kuasa.
BACA: Kajian semula persempadanan: 98 kawasan Parlimen alami perubahan
Semalam, Parlimen meluluskan usul pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dengan undian 129 menyokong berbanding 80 menentang.
Perkara itu tidak melibatkan sebarang penambahan atau pengurangan jumlah kerusi Parlimen kerana Kerajaan tidak memiliki majoriti dua per tiga jumlah kerusi sedia ada di Dewan Rakyat.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Perlembagaan Persekutuan
#persempadanan semua
#warta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan