awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Saya baru keluar hospital, perlukan duit jalani rawatan' - Suami Azar Azmi rayu kurangkan jaminan
Axelsen umum persaraan, akhiri era dominasi badminton dunia
Ekonomi dunia berisiko ke ambang kemelesetan akibat konflik Iran – IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan haji 1447H/2026M lancar, keselamatan jemaah terjamin

Faida Rahim
Faida Rahim
15/04/2026
05:23 MYT
Persiapan haji 1447H/2026M lancar, keselamatan jemaah terjamin
Tabung Haji menegaskan bahawa persiapan bagi musim haji 1447H/2026M telah mencapai tahap hampir sempurna, meskipun wujud kebimbangan berhubung ketegangan geopolitik di Asia Barat melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel. - Foto AWANI
Tabung Haji (TH) menegaskan bahawa persiapan bagi musim haji 1447H/2026M telah mencapai tahap hampir sempurna, meskipun wujud kebimbangan berhubung ketegangan geopolitik di Asia Barat melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel.
Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Mohd Norber Kassim berkata, pihak pengurusan TH telah mengambil kira pelbagai kemungkinan senario dan melaksanakan langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan jemaah haji Malaysia.
“Kerajaan Malaysia telah mendapatkan nasihat daripada pihak penerbangan dan keselamatan negara, selain berhubung rapat dengan kerajaan Arab Saudi.
“Kami telah menerima pengesahan rasmi bahawa ibadah haji akan diteruskan sebagaimana biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat operasi haji tanah air (OHTA) di Sepang pada Rabu.
Beliau menjelaskan, persiapan di peringkat tanah air telah mencapai hampir 100 peratus, dengan hanya beberapa penyesuaian kecil yang mungkin dilakukan sekiranya terdapat arahan baharu.
“Keseluruhannya, kita telah bersedia di semua sektor. Di Malaysia, terdapat lapan stesen keberangkatan, dengan Sepang sebagai stesen utama dan tujuh lagi stesen luar di seluruh negara.
“Mesyuarat penyelarasan operasi haji tanah air telah selesai, dan Tabung Haji bersama semua agensi berkaitan telah memastikan urusan keberangkatan jemaah akan berjalan lancar dan sempurna,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa di Asia Barat dan bekerjasama rapat dengan kerajaan Arab Saudi serta agensi keselamatan bagi memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara.
Selain itu, Tabung Haji turut membawa lebih 20 pengamal media untuk mengikuti taklimat operasi haji di tanah air, sebagai usaha memberi pendedahan dan kefahaman lebih jelas mengenai persiapan serta koordinasi yang dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#persiapan haji
#Amerika Syarikat
#Kerajaan Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan