awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan PBB: Malaysia tetap hantar wakil, sokong usaha Arab Saudi dan Perancis

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/06/2025
07:43 MYT
Persidangan PBB: Malaysia tetap hantar wakil, sokong usaha Arab Saudi dan Perancis
Anwar berkata Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap usaha antarabangsa yang diterajui oleh Arab Saudi dan Perancis dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan tetap akan menghantar wakil ke persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 20 Jun ini.

Ringkasan AI
  • Malaysia mengesahkan penyertaan dalam persidangan PBB, meskipun terdapat gesaan dari Amerika Syarikat untuk menghalang penyertaan negara-negara lain.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan hak setiap negara untuk menyuarakan pandangan mereka, terutamanya dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin dan Gaza, sambil menyokong inisiatif Arab Saudi dan Perancis.
  • Amerika Syarikat dilaporkan mendesak negara lain supaya memboikot persidangan, dengan amaran bahawa menentang Israel boleh membawa akibat diplomatik, sedangkan persidangan itu bertujuan memperkukuh sokongan terhadap penyelesaian dua negara.

Pendirian berani itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik wujud gesaan daripada Amerika Syarikat (AS) untuk menghalang penyertaan negara-negara lain.
Tegas Anwar, setiap negara berhak untuk hadir dan menyuarakan pendirian mereka, terutamanya berkaitan isu keadilan untuk rakyat Palestin dan Gaza.
"Mana-mana negara berhak hadir untuk kemukakan pandangan mereka terutama keadilan bagi rakyat Palestin dan Gaza, itu pandangan kita.
"Jadi saya menyokong inisiatif dalam hal ini oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan juga Presiden Perancis, Emmanuel Macron," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian selepas selesai menunaikan Solat Jumaat di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, di sini hari ini.
Dalam masa sama, Anwar menambah Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap usaha antarabangsa yang diterajui oleh Arab Saudi dan Perancis dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin.
Media sebelum ini melaporkan AS sedang mendesak negara-negara asing supaya tidak menghadiri persidangan PBB yang dianjurkan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi.
Reuters yang memetik kabel diplomatik AS melaporkan, pentadbiran Donald Trump menggesa negara-negara lain supaya memboikot persidangan yang bakal diadakan itu.
Washington menegaskan bahawa mana-mana negara yang mengambil pendirian menentang Israel akan dianggap bertentangan dengan dasar luar AS dan mungkin berdepan akibat diplomatik.
Persidangan PBB itu bertujuan memperkukuh sokongan antarabangsa terhadap kerangka penyelesaian dua negara di tengah-tengah kebimbangan terhadap tindakan unilateral dan polarisasi yang semakin mendalam.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Persidangan PBB
#Kekejaman zionis
#Gaza
#Palestin
#Arab Saudi
#Emmanuel Macron
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan