awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertahanan kukuh asas kedaulatan negara - Raja Muda Perlis

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
26/02/2026
22:48 MYT
Pertahanan kukuh asas kedaulatan negara - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Iftar bersama warga Markas Pemerintahan Armada Timur (MAWILLA) 2 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sandakan, pada Khamis.
Kekuatan pertahanan merupakan tunjang utama dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan negara sentiasa terpelihara, titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah, angkatan tentera yang berwibawa, berdisiplin dan memiliki tahap kesiapsiagaan tinggi berperanan sebagai benteng utama dalam mempertahankan kemerdekaan dan maruah negara.
Menurut baginda, keteguhan sesebuah angkatan tentera tidak hanya bergantung kepada aset pertahanan, tetapi turut disokong melalui pengurusan sumber manusia yang cekap, strategi menyeluruh serta doktrin pertahanan yang selari dengan perubahan geopolitik global.
“Angkatan tentera bukan sekadar simbol kekuatan bersenjata, tetapi benteng terakhir negara,” titah Tuanku Syed Faizuddin.
Baginda menambah, kedudukan strategik Malaysia di rantau ini memberi kelebihan penting dalam memantapkan peranan negara sebagai pelaksana keselamatan serantau.
Namun, kelebihan itu turut menuntut kesiapsiagaan tinggi dalam pengurusan keselamatan sempadan darat, laut dan udara, demi memastikan ia kekal terkawal dalam apa juga situasi.
Hubungan budaya dan ikatan kekeluargaan masyarakat di kawasan sempadan, jelas baginda, juga menjadi asas penting dalam mengekalkan keharmonian serantau dan perlu diperkukuh melalui kawalan serta penguatkuasaan berkesan.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Iftar bersama warga Markas Pemerintahan Armada Timur (MAWILLA) 2 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sandakan.
Keberangkatan tiba Baginda disambut Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Yusne Mokhtar.
Majlis iftar itu diadakan bersempena Program Lawatan Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (EKS PERBAH) 2026, yang berlangsung selama empat hari bermula 26 Februari hingga 1 Mac.
Penganjurannya bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara rakyat Perlis dan warga TLDM, termasuk anggota Markas Pemerintahan Armada Timur serta anak kapal KD Kelantan yang berpangkalan di Kota Kinabalu, selain menyemarakkan keberkatan Ramadan.
Program berkenaan turut mencerminkan sokongan moral berterusan kepada pasukan keselamatan negara yang bertugas di Pantai Timur Sabah, khususnya dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara sentiasa terjamin.
Dalam masa sama baginda turut menyampaikan harapan agar seluruh warga MAWILLA 2 memperkukuh keimanan dan istiqamah sepanjang Ramadan, selain terus memelihara ukhuwah demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Topic Berkaitan
#pertahanan negara
#kedaulatan negara
#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan