awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertubuhan Cina, veteran MCA perlu bantu transformasi parti - Liow

Bernama
Bernama
20/01/2014
00:06 MYT
Pertubuhan Cina, veteran MCA perlu bantu transformasi parti - Liow
-filepic
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pertubuhan Cina dan golongan veteran MCA memainkan peranan penting dalam membantu mentransformasikan parti itu.
Beliau berkata tanpa sokongan mereka, MCA mungkin tidak mampu untuk memahami serta menangani permasalahan masyarakat Cina di negara ini.
"Hubungan erat yang terjalin antara komuniti Cina dengan parti selama ini telah berjaya menyelesaikan pelbagai isu, terutama pendidikan dan ekonomi.
"Dari segi pendidikan contohnya, peranan Pertubuhan Dong Zong dan Jiao Zong telah bersama-sama membantu menyelesaikan isu sekolah Cina sementara Dewan Perniagaan Cina Malaysia pula membantu memperkasakan ekonomi dalam kalangan masyarakat Cina," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina MCA bersama veteran dan pemimpin komuniti Cina di sebuah hotel di sini, Ahad.
Liow juga berterima kasih kepada veteran parti yang selama ini tidak putus-putus memberi nasihat kepada pucuk pimpinan walaupun mereka telahpun bersara daripada arena politik.
"Kami barisan kepemimpinan MCA baharu turut mengharapkan para veteran lebih kerap 'pulang ke rumah' untuk menjenguk kami kerana kami masih memerlukan sokongan anda semua," katanya.
Lebih 300 pemimpin MCA, veteran dan komuniti Cina hadir termasuk Timbalan Presiden Datuk Wee Ka Siong selain bekas Presiden Tun Dr Ling Liong Sik, Tan Sri Ong Ka Ting serta Datuk Seri Chan Kong Choy.
Topic Berkaitan
#Liow Tiong Lai
#pertubuhan Cina
#veteran MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan