awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan RM60 juta baiki jalan diluluskan hasil turun padang - MB Johor

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
06/06/2023
16:15 MYT
Peruntukan RM60 juta baiki jalan diluluskan hasil turun padang - MB Johor
Onn Hafiz Ghazi berkata antara kejayaan yang diraih ialah kelulusan RM60 juta untuk membaiki jalan di Johor. - Gambar Pejabat Menteri Besar Johor
KUALA LUMPUR: Aktiviti turun padang sangat penting untuk memastikan realiti permasalahan sama seperti yang dilaporkan, selain untuk merasai denyut nadi rakyat.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata antara kejayaan yang diraih ialah kelulusan RM60 juta untuk membaiki jalan di Johor susulan lawatan turun padang bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
“Saya percaya kaedah terbaik ialah turun padang untuk lihat sendiri, supaya apa yang dilaporkan sama dengan keadaan di lapangan. Lebih utama daripada itu kita menghayati apa yang dirasai oleh rakyat secara keseluruhan.
“Sebagai contoh jalan yang berlopak, tetapi apabila kita dapat bantuan dan ihsan daripada Kerajaan Persekutuan. Baru-baru ini kita jemput Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ke Johor dan dia sendiri terkejut dengan keadaan yang tidak begitu baik di Johor.
“Maka apabila kita minta peruntukan RM23 juta, tetapi diluluskan tambahan tiga kali ganda RM60 juta,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata aktiviti turun padang sangat penting untuk memastikan realiti permasalahan sama seperti yang dilaporkan, selain untuk merasai denyut nadi rakyat. #AgendaAWANI pic.twitter.com/NkfmwuExPQ
— Astro AWANI (@501Awani) June 6, 2023
Isu lain yang turut disentuh oleh Onn Hafiz adalah berkaitan hospital-hospital di Johor iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) yang berdepan kekurangan kakitangan bagi memberi perkhidmatan kepada pesakit yang hadir.
“HSA dan HSI tidak hanya memberi perkhidmatan kepada mereka yang duduk di Johor Bahru, bahkan seluruh Johor, kerana kepakaran ada di dua hospital ini. Selain itu, hospital ini beri perkhidmatan kepada pelanggan serta pesakit dari Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
“Jika saya tidak turun, saya tidak akan tahu masalah yang ada dengan tepat. Saya beri contoh isu yang tular berkaitan Wad 9A dan 10A di HSI. Dua wad tidak dibuka, bukan salah siapa-siapa tapi kerana tidak cukup kakitangan,” katanya lagi.
Peruntukan RM60 juta baiki jalan diluluskan hasil turun padang - MB Johor
Topic Berkaitan
#onn hafiz ghazi
#Alexander Nanta Linggi
#denyut nadi rakyat
#membaiki jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan