awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan segera RM1.2 juta tangani banjir di LMS - Pegawai Khas TPM

Bernama
Bernama
24/10/2025
22:20 MYT
Peruntukan segera RM1.2 juta tangani banjir di LMS - Pegawai Khas TPM
Neow (kiri) menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ADTEC, Taiping, 24 Okt 2025. --fotoBERNAMA
TAIPING: Kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM1.2 juta bagi pelaksanaan projek menangani masalah banjir di sekitar daerah Larut Matang dan Selama (LMS).
Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Neow Choo Seong berkata peruntukan itu akan disalurkan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak bagi menjalankan kerja pendalaman sungai, sistem perparitan dan projek tebatan banjir di kawasan terjejas.
"Peruntukan ini susulan lawatan bersama Datuk Amar (Fadillah) pada 3 Okt lepas, yang kebetulan ketika itu berlaku banjir di Taiping. Beliau mengarahkan JPS menjalankan tinjauan serta mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah itu.
"Memandangkan banjir kini semakin kerap berlaku, beliau semalam mengarahkan supaya bantuan kecemasan luar jangka disegerakan," katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) ADTEC Taiping, malam tadi.
Neow berkata jumlah peruntukan itu ditetapkan berdasarkan cadangan dikemukakan JPS sebelum ini.
Beliau memaklumkan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berharap projek tebatan berkenaan dapat dilaksanakan segera, terutama menjelang hujung tahun ini yang dijangka berlaku musim Monsun Timur Laut (MTL).
"Keadaan banjir yang berulang menyusahkan rakyat. Diharapkan peruntukan ini membawa khabar gembira dan membantu penduduk di kawasan terbabit," katanya.
Neow berkata walaupun beberapa daerah lain turut berdepan masalah banjir, keperluan di daerah LMS dilihat paling mendesak ketika ini.
Setakat pukul 8 malam tadi, seramai 2,806 mangsa banjir daripada 955 keluarga dipindahkan ke 25 PPS di tempat daerah terjejas di Perak iaitu LMS, Manjung, Kerian dan Perak Tengah.
Daerah LMS merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan 2,006 daripada 708 keluarga berlindung di 19 PPS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#banjir Perak
#peruntukan
#Larut Matang dan Selama
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan