awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit kanser jual arnab bayar PTPTN sudah tiada

Sinar Harian
Sinar Harian
03/05/2021
15:05 MYT
Pesakit kanser jual arnab bayar PTPTN sudah tiada
Abdul Halim menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada jam 1.40 tengah hari di kediamannya di Kampung Kok Kiak dan difahamkan baharu sahaja keluar dari hospital pada Ahad. - Sinar Harian
MACHANG: Seorang pesakit kanser yang sebelum ini menjual arnab untuk mencari duit bagi membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan merawat penyakitnya telah pergi buat selamanya pada Isnin dengan menitipkan pesan terakhir untuk adik perempuannya.
Abdul Halim Mat Hassan, 27, yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meninggal dunia pada Isnin selepas hampir empat tahun menghidap kanser pangkal hidung tahap empat.
"Tolong jaga mak dan ayah," pesan lelaki itu kepada adik perempuannya, Nur Aishah Mat Hassan yang berusia 21 tahun, sehari sebelum meninggal dunia.
Abdul Halim menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada jam 1.40 tengah hari di kediamannya di Kampung Kok Kiak dan difahamkan baharu sahaja keluar dari hospital pada Ahad.
"Dia pesan pada saya suruh jaga mak dan ayah kerana dia tidak sempat berbakti sepenuhnya kepada orang tua kami. Dia juga minta saya sampaikan salam pada semua dan ucap terima kasih kerana banyak membantu dia selama ini,' kata gadis itu lagi.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Abdul Halim yang disahkan menghidap kanser pangkal hidung pada Disember 2017 menjual arnab bagi menampung perbelanjaan perubatan serta untuk membayar hutang PTPTN.
Laporan tersebut mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak terutama PTPTN yang akhirnya membantu menguruskan pinjaman arwah.
Nur Aishah ketika dihubungi memberitahu, sebelum meninggal dunia keadaan abangnya kritikal dan mengalami sesak nafas serta tidak dapat tidur pada waktu malam.
"Kami reda dengan pemergian arwah dan dia adalah insan terpilih kerana meninggal dunia di bulan mulia ini (Ramadan)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Kiak.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pesakit kanser
#jual arnab
#bayar pinjaman ptptn
#meninggal dunia
#machang
#Kelantan
#Abdul Halim Mat Hassan
#UMK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan