awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesalah trafik pada Op Selamat berdepan tindakan mahkamah - Liow

Bernama
Bernama
14/01/2017
23:48 MYT
Pesalah trafik pada Op Selamat berdepan tindakan mahkamah - Liow
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tiada kompaun akan dikeluarkan bagi kesalahan seumpama itu pada Op Selamat berkenaan yang menggunakan slogan 'Pandu Cermat Sampai Selamat'. -Gambar fail
Pemandu yang didapati melakukan kesalahan seperti menggunakan lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar semasa Op Selamat sempena Tahun Baru Cina 2017 dari 21 Jan hingga 5 Feb ini akan dihadapkan ke mahkamah.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tiada kompaun akan dikeluarkan bagi kesalahan seumpama itu pada Op Selamat berkenaan yang menggunakan slogan 'Pandu Cermat Sampai Selamat'.
"Saya bagi amaran awal, jangan nanti kata kita tak bagi amaran," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menyalakan tanglung dan persembahan gendang sempena sambutan Tahun Baru Cina 2017 di sini pada Sabtu.
Beliau menarik perhatian bahawa ini kali kedua pesalah jalan raya bakal berdepan tindakan mahkamah selepas ia dilaksanakan buat kali pertama pada Op Selamat Aidilfitri tahun lalu.
"Pengguna jalan raya digesa supaya bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya sepanjang musim perayaan ini. Ia bukan tanggungjawab kerajaan dan pihak berkuasa sahaja," katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guna lorong kecemasan
#memotong garisan berkembar
#Op Selamat
#Tahun Baru Cina 2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan