awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'

Bernama
Bernama
06/04/2026
00:28 MYT
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
Mangsa telah membuat tiga kali bayaran berjumlah RM36,000 ke tiga akaun berbeza seperti diarahkan suspek.
Seorang pesara guru wanita kerugian sebanyak RM165,900 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon atau phone scam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 23 Nov tahun lepas, mangsa yang berusia 64 tahun telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan pendakwa raya.
Beliau berkata suspek mendakwa mangsa yang berasal dari daerah Kuala Terengganu terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.
"Suspek mengarahkan mangsa supaya membuat pinjaman peribadi berjumlah RM130,000 untuk membayar kos penyelesaian kes tersebut.
"Suspek mengugut bahawa keselamatan anak-anak mangsa berada dalam bahaya sekiranya dia tidak mengikut arahan yang diberi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata setelah pinjaman diluluskan, mangsa telah membuat tiga kali bayaran berjumlah RM36,000 ke tiga akaun berbeza seperti diarahkan suspek.
Bagaimanapun, katanya, mangsa mendapati terdapat tiga pindahan wang berjumlah RM129,900 dari akaun mangsa ke tiga akaun tidak dikenali dalam tempoh 30 Dis 2025 hingga 15 Mac lepas tanpa kebenaran.
"Mangsa mengesyaki bahawa suspek telah mendaftar, mengaktif dan mengakses perbankan secara dalam talian menggunakan nama mangsa tanpa kebenaran.
"Mangsa membuat laporan polis pada 1.21 tengah hari semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#phone scam
#pesara
#rugi
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan