awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara rugi lebih RM337,000 akibat pelaburan tidak wujud

Astro AWANI
Astro AWANI
29/03/2026
03:38 MYT
Pesara rugi lebih RM337,000 akibat pelaburan tidak wujud
Wanita berusia 61 tahun itu telah menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp sebelum diarahkan membuat beberapa transaksi kewangan. - Gambar hiasan
Seorang pesara kerugian lebih RM337,000 selepas terperdaya pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan tinggi menerusi Facebook, awal tahun ini.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 61 tahun itu telah menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp sebelum diarahkan membuat beberapa transaksi kewangan.
Beliau berkata mangsa membuat 38 transaksi pemindahan wang ke dalam 16 akaun menggunakan wang simpanan dan gadaian barang kemas bermula 30 Jan hingga 9 Mac 2026.
“Sepanjang tempoh itu, mangsa hanya menerima satu bayaran berjumlah RM392.11 sebelum diminta membuat bayaran tambahan RM210,500 kononnya sebagai caj pengeluaran keuntungan yang membuatnya curiga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata segala urusan berkaitan pelaburan termasuk keuntungan hanya dimaklumkan melalui WhatsApp tanpa sebarang platform pelaburan yang sah.
Beliau berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#pelaburan
#tipu
#pesara
#polis
#Facebook
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan