awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawah didakwa 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
29/05/2024
07:40 MYT
Pesawah didakwa 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Tertuduh yang berusia 28 tahun dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth. - Gambar/ Astro AWANI
BUTTERWORTH: Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Tertuduh yang berusia 28 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan mangsa yang berusia 15 tahun dan merogolnya pada 3 hingga 12 Mei lepas.
Semua kesalahan didakwa dilakukan didalam bilik disebuah rumah di Lahar Tiang, Kepala Batas, Pulau Pinang antara jam 1 pagi hingga 1.30 pagi.
Bagi kesalahan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Manakala bagi kesalahan persetubuhan di luar tabii dikemukakan mengikut Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes akan disebut semula 26 Jun depan untuk serahan dokuman dan laporan perubatan.
Topic Berkaitan
#rogol anak jiran
#seks luar tabii
#bawah umur
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan