awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat ringan terhempas di Cameron Highlands

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
22/06/2016
07:59 MYT
Pesawat ringan terhempas di Cameron Highlands
Juruterbang pesawat hanya mengalami kecederaan ringan akibat impak pendaratan. -Foto oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran sebuah tokong di Tringkap, di sini, petang Rabu.
Juruterbang pesawat jenis G-164A9 itu, warga Australia Peter Hardy, 56 tahun, hanya mengalami kecederaan ringan akibat impak pendaratan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Saksi kejadian melaporkan terlihat pesawat berlegar di udara dan berpusing dua kali sebelum terhempas di cerun bukit.
Saksi kejadian melaporkan terlihat pesawat berlegar di udara dan berpusing dua kali sebelum terhempas di cerun bukit.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Muhd Haziq Hazmi berkata saksi kejadian melaporkan terlihat pesawat berlegar di udara dan berpusing dua kali sebelum terhempas di cerun bukit.
"Kami menerima panggilan mengenai insiden berkenaan sekitar 1.35 petang dan apabila kami tiba di sana, mangsa telah pun dikeluarkan.
"Mangsa tidak mengalami kecederaan serius, hanya calar di lengan kiri dan bahagian badan dan kami telah melaksanakan pemeriksaan awalan untuk melihat sama ada terdapat letupan di pesawat berkenaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada petang Rabu.
Pesawat ringan ini dilapor digunakan untuk tujuan penyemburan baja sebuah ladang teh terkenal di sini.
Pesawat ringan ini dilapor digunakan untuk tujuan penyemburan baja sebuah ladang teh terkenal di sini.
Haziq berkata bomba dan polis masih lagi berada di kawasan pesawat berkenaan terhempas.
"Kami juga mendapat maklumat bahawa sebenarnya pesawat ringan dari Subang ini digunakan untuk menabur baja di ladang teh Sungai Palas," katanya lagi.
Juruterbang pesawat warga Australia Peter Hardy hanya mengalami kecederaan ringan.
Juruterbang pesawat warga Australia Peter Hardy hanya mengalami kecederaan ringan.
Tambahnya, mangsa akan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#G-164A9
#Muhd Haziq Hazmi
#pesawat ringan
#Peter Hardy
#Tringkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan