awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terbang rendah, TUDM laksana latihan bermula hari ini hingga 7 Mac

Bernama
Bernama
03/03/2022
04:10 MYT
Pesawat terbang rendah, TUDM laksana latihan bermula hari ini hingga 7 Mac
Latihan yang diadakan itu bagi menilai kecekapan anggota dan Pasukan Khas Udara serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab melindungi kedaulatan negara. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan operasi dan kesiagaan bagi aset-aset udara bermula hari ini hingga 7 Mac membabitkan kawasan sekitar Selangor, Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang.
TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang latihan berlangsung, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu khususnya di sekitar Selangor serta Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu; Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh latihan operasi dan kesiagaan dilaksanakan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan latihan yang diadakan itu bagi menilai kecekapan anggota dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab melindungi kedaulatan negara.
"Latihan ini bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan tugas operasi bersama yang melibatkan pesawat-pesawat dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TUDM
#aset udara
#latihan operasi
#pesawat terbang rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan