awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas: MB Selangor rakam takziah

Bernama
Bernama
17/08/2023
11:13 MYT
Pesawat terhempas: MB Selangor rakam takziah
Amirudin dalam ciapan menerusi X (Twitter) berharap semoga ahli keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian tersebut. - Gambar fail
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat terhempas di jalan raya berdekatan Bandar Elmina, dekat sini petang ini.
Amirudin dalam ciapan menerusi X (Twitter) berharap semoga ahli keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian tersebut.
"Saya menyeru agar semua pihak tidak menyebarkan imej mangsa dan menimbulkan sebarang spekulasi tidak berasas bagi menghormati keluarga mangsa," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Elmina
#Menteri Besar
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan