awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius

Bernama
Bernama
13/04/2026
11:07 MYT
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
Antara 13 hingga 15 April, jalan-jalan di sekitar Bangkok dijangka menjadi tumpuan orang ramai untuk berpesta air. - Gambar fail/Reuters
Pesta Songkran yang merupakan perayaan Tahun Baharu tradisional Thailand serta cuti umum paling penting di negara itu bermula pada Isnin dengan acara meriah "perang air", ketika suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Antara 13 hingga 15 April, jalan-jalan di sekitar Bangkok dijangka menjadi tumpuan orang ramai untuk berpesta air.
Orang ramai saling menyembur air menggunakan pistol air berwarna-warni yang telah mula dijual sejak beberapa hari lepas. Di ibu kota, jalan-jalan terkenal seperti Jalan Silom dan kawasan tumpuan pelancong beg galas, Jalan Khaosan, berubah menjadi zon pesta yang meriah.
Kebanyakan peserta basah kuyup dari kepala hingga ke kaki dalam tempoh beberapa minit sahaja, sambil diiringi muzik parti yang kuat daripada pembesar suara.
Jabatan perkhidmatan cuaca meramalkan suhu lebih tinggi sehingga 42 darjah Celsius di beberapa bahagian negara itu dalam tempoh beberapa hari akan datang, selain kelembapan yang sangat tinggi.
Pihak berkuasa memberi amaran tentang risiko kesihatan dan menegaskan bahayanya berada di bawah sinaran matahari untuk tempoh yang lama tanpa perlindungan. Pentadbiran bandar raya memaklumkan akan mengerahkan pelbagai pasukan kecemasan sebagai langkah berjaga-jaga dan menyediakan bekalan air minuman yang mencukupi untuk peserta.
Ramai pelancong sering berkunjung ke Thailand untuk menyertai keraian itu, namun industri pelancongan sebelum ini memberi amaran tentang penurunan mendadak dalam tempahan hotel berikutan harga tiket penerbangan yang tinggi akibat konflik Iran.
Bagi kebanyakan rakyat Thailand, sambutan Songkran kali ini juga lebih membebankan susulan kenaikan harga petrol. Kebanyakan warga kota mengambil cuti seminggu sempena perayaan itu untuk pulang ke kampung halaman bagi menziarahi keluarga mereka.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Thailand
#Songkran
#suhu tinggi
#cuaca panas
#pelancongan
#pesta air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan