awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petani disaran daftar Sistem GeoTanaman rancang pengeluaran, elak lambakan hasil

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
28/04/2023
04:45 MYT
Petani disaran daftar Sistem GeoTanaman rancang pengeluaran, elak lambakan hasil
Dengan mengguna pakai sistem GeoTanaman, Jabatan Pertanian juga dapat memberikan khidmat pengembangan pertanian kepada para petani. - Gambar hiasan/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Petani, pemborong dan pembekal input pertanian digalakkan untuk mendaftar secara percuma di Sistem GeoTanaman bagi memastikan mereka dapat merancang pengeluaran tanaman makanan dan mengatasi lambakan hasil tani.
Menurut Ketua Pengarah Pertanian Datuk Zahimi Hassan, sistem ini mampu memperluaskan ruang pasaran melalui padanan pasaran secara e-dagang dan transaksi secara terus dengan pemborong.
Saranan itu dibuat susulan pendedahan laporan akhbar berkaitan kejadian petani di Lojing dan Cameron Highlands yang terpaksa membuang hasil tanaman yang dituai.
Zahimi berkata, dengan mengguna pakai sistem berkenaan, Jabatan Pertanian juga dapat memberikan khidmat pengembangan pertanian kepada para petani.
Ia boleh dilakukan dengan mengenal pasti secara spesifik lokasi kebun dan menghantar notifikasi berkaitan perkhidmatan yang diperlukan melalui telefon mudah alih yang didaftarkan.
Petani juga, jelasnya, disarankan untuk melaksanakan amalan pertanian baik dengan memohon pensijilan MyGap dan merancang penjadualan penanaman mengkut kehendak pasaran.
BACA: KPKM akan teliti masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing
Petani digalak daftar di Sistem GeoTanaman bagi mengelak hasil tani berlebihan
Media tempatan baru-baru ini melaporkan, kira-kira 500 pekebun di Tanah Tinggi Lojing terpaksa membuang ribuan tan sayur yang tidak terjual, berikutan didakwa terdapat lambakan bekalan sayur import. Masalah dilaporkan timbul apabila pengeluaran sayur tempatan kini meningkat selepas berakhir musim tengkujuh, namun bekalan import didakwa masih dibawa masuk. Susulan itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, masalah tersebut akan diteliti oleh kementeriannya dalam usaha mencari langkah penyelesaian berkesan.
Topic Berkaitan
#pertanian
#SIstem GeoTanaman
#jabatan pertanian
#lambakan sayur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan