awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: RMK13, Belanjawan 2027 perlu diteliti semula - Ahmad Zahid
Kertas siasatan kes tembak Durian Tunggal sedang diteliti - AGC
Johor ambil tindakan tegas, keluar notis henti kerja terhadap pemaju punca banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas TH di Madinah siap sedia terima jemaah haji Malaysia

Kenyataan Media
Kenyataan Media
19/04/2026
06:22 MYT
Petugas TH di Madinah siap sedia terima jemaah haji Malaysia
Dari kiri: Affandi; Mohd Ridzuan Wahi, Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia; Radin Adi Hilmi, Konsul Haji merangkap Pengarah Operasi Makkah; dan Abdul Shukor Jangga, Ketua Zon 1 Madinah.
Persiapan pembukaan Operasi Haji Madinah bagi musim 1447H berjalan lancar dan kini berada pada tahap kesiapsiagaan penuh untuk menerima kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia.
Seramai 75 petugas telah tiba lebih awal di Madinah pada 12 April (24 Syawal 1447H) bagi memulakan gerak kerja operasi. Pasukan ini diketuai oleh Affandi Abdullah, Naib Konsul Haji merangkap Pengarah Operasi Madinah.
Daripada jumlah tersebut, 40 orang merupakan petugas kebajikan manakala 35 lagi terdiri daripada petugas perubatan, yang akan memastikan aspek kebajikan dan kesihatan jemaah sentiasa terpelihara.
Bagi musim ini, penempatan jemaah haji Malaysia di Madinah melibatkan tiga zon penginapan utama iaitu Hotel Emaar Royal (Zon 1), Hotel Anwar Al Madinah Movenpick (Zon 2) dan Hotel Emaar Elite (Zon 3). Hotel Emaar Elite yang merupakan bangunan terbaru terletak kira-kira 150 meter dari Masjid Nabawi.
Sementara itu, Pusat Pentadbiran Operasi Madinah kini beroperasi di lokasi baharu iaitu Hotel Zaha Taiba.
Kedudukan bangunan ini yang hampir dengan Masjid Nabawi, serta dilengkapi kemudahan moden termasuk dapur dan restoran yang lebih selesa, dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan operasi.
Bangunan pentadbiran ini menempatkan pelbagai unit penting seperti Pejabat Pengarah Operasi Madinah, Pejabat Operasi Perubatan, Unit Pentadbiran, Bilik Maklumat Operasi, Unit Alokasi, Unit Pengendalian, Unit Kewangan serta Unit Pengelola Jemaah Haji (PJH).
Dengan kemudahan yang lebih lengkap serta lokasi strategik yang lebih dekat dengan Masjid Nabawi, Operasi Haji Madinah 1447H dijangka dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan teratur, seterusnya memastikan kebajikan serta keselesaan jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara.
LEMBAGA TABUNG HAJI
Topic Berkaitan
#haji 2026
#TH
#Malaysia
#jemaah haji Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan