awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P&G, MYDIN rai pemenang peraduan “Balik Kampung Like a VIP”

Bernama
Bernama
12/03/2026
03:49 MYT
P&G, MYDIN rai pemenang peraduan “Balik Kampung Like a VIP”
Para pemenang Peraduan “Balik Kampung Like a VIP” pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di MYDIN USJ, Subang Jaya. - Gambar Mydin
Procter & Gamble (P&G) Malaysia dengan kerjasama MYDIN meraikan para pemenang Peraduan “Balik Kampung Like a VIP” menerusi majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di MYDIN USJ, Subang Jaya.
Kempen berkenaan diilhamkan daripada tradisi balik kampung yang menjadi sebahagian penting dalam sambutan Aidilfitri bagi rakyat Malaysia, dengan matlamat menjadikan perjalanan pulang ke kampung halaman lebih selesa dan bermakna bersama keluarga tersayang.
Pengarah Urusan P&G Malaysia dan Singapura, Nantha Kalimuthu berkata inisiatif tersebut mencerminkan komitmen syarikat untuk memperkayakan pengalaman perjalanan balik kampung rakyat Malaysia sempena musim perayaan.
Menurutnya, perjalanan pulang ke kampung halaman bukan sekadar perjalanan biasa, sebaliknya detik penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mencipta kenangan bersama insan tersayang.
“Raya adalah tentang pertemuan semula, mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan bersama insan tersayang. Di P&G, kami memahami bahawa perjalanan pulang itu sendiri sama pentingnya dengan sambutan Hari Raya.
“Melalui ‘Balik Kampung Like a VIP’, kami ingin menambah baik pengalaman perjalanan balik kampung tersebut sambil menawarkan kesegaran dan keselesaan kepada keluarga Malaysia,” katanya.
Majlis tersebut turut dihadiri barisan kepimpinan kanan MYDIN serta rakan media dan pelanggan yang hadir bagi menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Kempen berkenaan turut menampilkan jenama utama P&G termasuk Downy, Ambi Pur dan Febreze yang menawarkan penyelesaian kesegaran untuk pakaian, kenderaan dan kediaman sepanjang musim perayaan.
Selain majlis penyampaian hadiah, pengunjung turut berpeluang menyertai Jelajah Raya yang menampilkan pameran produk interaktif, promosi eksklusif serta pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Kerjasama antara P&G dan MYDIN itu juga dilihat sebagai usaha berterusan kedua-dua pihak dalam menyediakan nilai serta pengalaman yang lebih bermakna kepada pengguna di seluruh negara, khususnya sempena sambutan Aidilfitri.
Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai kempen serta lokasi jelajah seterusnya boleh mengunjungi cawangan MYDIN terdekat.
Topic Berkaitan
#P&G
#Downy
#Balik Kampung Like a VIP
#Nantha Kalimuthu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan